Wednesday 6 July 2011

Pemurnian e-laporan JUN 2011

Berikut adalah dapatan dari rumusan e-laporan yang telah dikumpulkan diperingkat Negeri Selangor yang perlu diambil perhatian:

1. WUDHUK: Sila pastikan amali wudhuk bagi murid tahun 6 mesti 100% kuasai terutama niat dan tertib kerana jika mereka tidak kuasai wudhuk semasa tahun 6 maka tentulah mereka akan bermasaalah apabila masuk ke sekolah menengah. Perkara penting yang mesti ditekankan ialah pada rukun wudhuk iaitu niat dan tertib agar murid dapat berwudhuk untuk solat dan memegang Al-Quran setiap hari dengan sendiri. Jika murid hanya dapat melaksanakan wudhuk dengan bimbingan guru maka ia dikira belum menguasai (BM). Murid hanya dikira menguasai cemerlang jika dapat melaksanakannya dengan sendiri tanpa bimbingan orang lain.

2. SOLAT: Sila pastikan murid tahun 6 mesti 100% kuasai rukun solat terutamanya bacaan niat, tahiyat awal dan akhir kerana ia adalah rukun bacaan yang wajib dibaca setiap kali solat. Tanpanya murid akan mula ponteng solat.

3. KHATAM AL-QURAN: Sepatutnya mengikut sukatan pelajaran setiap murid tahun 6 perlu khatam mengikut bacaan guru (Khatam BIG).

4. TASMIK & LITERASI AL-QURAN: Sila kumpulkan nama murid tahun 6 yang masih belum kuasai buku Iqra' 1-3 dan berikan tumpuan yang lebih kepada mereka. Ini penting bagi memastikan murid dapat "celik huruf Al-Quran"  dan dapat membaca Al-Quran pada masa akan datang.

5. BAHASA ARAB & JAWI: Sila bandingkan markah pencapaian murid dengan KPI yang telah ditetapkan diperingkat kebangsaan agar kecemerlangan dapat ditingkatkan.

6. KESELURUHAN: Sila cetak dan edarkan rumusan e-laporan kepada semua guru GPI & j-QAF bagi setiap kelas untuk tindakan "post mortem".

Monday 4 July 2011

Info sekolah

Sekolah yang terlibat dengan program j-QAF di Daerah Kuala Selangor


KOHORT 2005
1 SK. Assam Jawa
2 SK. Bandar Baru K.Sel
3 SK. Batang Berjuntai
4 SK. Bt. 9 Jln Bomba
5 SK. Bukit Badong
6 SK. Ijok
7 SK. Kuala Selangor
8 SK. Parit Mahang
9 SK. Parit Serong
10 SK. Sungai Burong

KOHORT 2006
11 SK. Bukit Kerayong
12 SK. Dato Manan
13 SK. Jaya Setia
14 SK. Jeram
15 SK. Rantau Panjang
16 SK. Sri Tiram
17 SK. Sultan Abd. Aziz
18 SK. Sungai Sireh
19 SK. Sungai Terap
20 SK. Tanjong Karamat

KOHORT 2007
21 SK. Tambak Jawa
22 SK. Jeram Bt. 20
23 SK. Tanjong Karang
24 SK. Parit 4
25 SK. Jalan Raja Musa
26 SK. Sawah Sempadan
27 SK. Berjaya
28 SK. Puncak Alam 1
29 SK. Saujana Utama
30 SK. Puncak Alam, 2

KOHORT 2008
31 SK. Seri Gambut
32 SK. Dato Maharaja Lela
33 SK. Pasangan
34 SK. Bukit Belimbing

KOHORT 2011
35 SK PRISTANA
36 SK PUNCAK ALAM3

Salam perkenalan

Salam perkenalan dari AJK j-QAF Daerah Kuala Selangor
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...